Sejarah Sebenar : Kenapa Melaka Jatuh Ke Tangan Portugis Pada 1511

loading...

MENGAPA MELAKA KALAH DENGAN PORTUGIS 1511

Bismillahirrahmanirrahim
Sollu 'alan Nabiy

Alhamdulillah setelah membuat penyelidikan dr berbagai sumber sehingga terhasil sebuah manuskrip bertajuk 'PORTUGIS DI MELAKA 1511-1641', saya berpendapat Kesultanan Melaka jatuh ke tangan Portugis, antaranya adalah disebabkan faktor berikut:

1. Kekuatan ketenteraan Portugis
Portugis merupakan sebuah kekuatan ketenteraan yg 'battle hardened fighters , krn bertahun-tahun sudah menggasak dan mengganasi umat Islam dalam episod Reconquista di Semenanjung Iberia (Andalusia), dalam perang Salib di Eropah, di pesisiran barat Afrika & di India, krn sememangnya Raja Portugal & Sepanyol, hatta Paus di Vatican (melalui Perjanjian Tordesillas) telah menggalakan, malah menjadikan dasar penjelajahan dan penjajahan sbg misi penting, khususnya di wilayah-wilayah umat Islam berikutan permusuhan Kristian Katholik dgn Islam drp zaman Reconquista di Semenanjung Iberia dan Perang Salib di Eropah. Mereka sgt kuat, hebat & ganas..

Bagi penjelajah Portugis, setelah berhasil menakluki Cueta Moroko dari tangan orang Islam dalam tahun 1415 M, Medeira pada 1419 M, Azores 1427 M, Cape Verde 1445 M, Pulau Sao Tome pada 1480 dan Cape Cross pada 1485 M, di Cochin dan sekitar pantai barat India semenjak tahun 1498 M (Cochin, Calicut & Cananor). Hatta Ketua Panglima Portugis sekaligus wizurai di India, D Albuquerque yang terkenal ganas dan bercita-cita besar, telah merancana startegi untuk menawan Madinah dan mengambil jasad Nabi ﷺ sebagai tebusan untuk pembebasan Baitulmaqdis yang waktu itu berada dalam genggaman umat Islam.

Hatta keupayaan tentera Portugis untuk membina kubu-kubu yang kuat di mana-mana tempat yang strategik telah membantu pembentengan mereka di Melaka sehingga sukar diusir keluar selama 130 tahun lamanya

2. Peranan Alfonso De Albuquerque
Alfonso D’ Albuquerque (1453-1515 M) merupakan seorang jeneral tentera laut Portugis yang terkenal atas peranan pentingnya membantu memperkembang-luaskan jajahan Portugal di Lautan Hindi. Beliau pernah menjadi Gabenor atau Raja Muda@Wizurai India dari 1509-1515 M, selain menjadi tokoh yang bertanggungjawab dalam meruntuhkan Kesultanan Melaka pada 24hb Ogos 1511 M, belakangan membina kota A Famosa bagi menyekat penentangan orang-orang Melayu.

Beliau mempunyai pengalaman luas dan hebat dalam bidang ketenteraan sekaligus menyemai serta memupuk rasa kebencian yang mendalam terhadap Islam. Beliau juga banyak mempelajari teknik-teknik peperangan, kaedah menghancurkan kota-kota, menyiksa dan membunuh penduduk serta mencacatkan tahanan dan pesalah dengan cara yang kejam.

Kita akan mudah faham jika kita ingat bahawa kebenciannya terhadap Islam diambil kira sebagai pemangkin semangat waja untuk memerangi Islam serta keberanian kepahlawanannya, bertekad menghapuskan umat Islam di mana jua ditemui. Ianya menjadi motif kuat dalam kempen ketenteraan D’ Albuquerque di Asia, malah dia berazam untuk berkhidmat kepada raja dengan memperluaskan empayar Kristian.

Hal ini jelas dalam isi kandungan suratnya kepada Raja Manuel I pada tarikh 22 Disember 1510 M setelah berhasil menawan kota Goa. Antara lain beliau menulis:

“ Kemudian saya membakar kota tersebut dan membunuh setiap orang di situ. Selama empat hari orang Tuanku tidak berhenti-henti menumpahkan darah. Di mana sahaja kami pergi tiada seorang pun orang Islam yang terlepas. Kami membawa mereka ke masjid lalu kami bakar mereka. Para petani dan sami Hindu kami kecualikan. Kami dapati bahawa 6,000 jiwa Islam, perempuan dan lelaki terkorban dan ramai daripada askar berjalan kaki dan pemanah mereka mati. Tuanku, ini merupakan pencapaian yang cemerlang dan hebat. Goa adalah tempat yang penting dan agung tetapi tidak ada tindakan yang diambil terhadap kezaliman yang dilakukan oleh orang Islam terhadap rakyat Tuanku .”

Untuk membiayai tentera Portugis, tidak cukup dengan perdagangan saja, D’ Albuquerque memerintahkan perompakan-perompakan dan pembunuhan-pembunuhan terhadap kapal-kapal dagang Islam, antaranya yang sedang dalam perjalanan menunaikan ibadat haji ke Mekah. Atas permintaan kerajaan Islam Gujerat serta Yaman Selatan telah menyebabkan kerajaan Mesir menyampaikan protes kepada Paus di Vatican dan mengancam akan membuat tindak balas terhadap orang-orang Kristian yang mengunjungi Palestin, yang waktu itu berada dalam kekuasaan orang-orang Islam. Akibatnya Paus mengirimkan peringatan kepada Raja Manuel dari Portugal, malangnya ikhtiar tersebut bagaikan ‘mencurah air ke daun keladi’

3. Realiti Kesultanan Melaka
Kesultanan Melaka merupakan sebuah pelabuhan maritim bertaraf antarabangsa yang aman dan semarak dgn simpang siur perdaganangan, dgn berbagai komoditi dr seantero dunia, sehingga wujud kemewahan, kesenangan yg melimpah ruah, umpama syurga dunia. Boleh bayangkan, 84 bahasa asing dipertuturkan di pelabuhan Melaka, merujuk kpd betapa majmuk & kosmopolitannya Kota Melaka serta betapa aman damainya keadaan di situ. Walaupun Melaka ada hulubalang & senjata canggih jika diukur pd waktu itu, namun Melaka kurang berpengalaman, tidak 'battle hardened' di bidang peperangan sebagaimana Portugis & Sepanyol, khususnya di zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Kekuatan ketenteraan Melaka bolehlah dikatakan sbg persiapan bersifat 'defensive', bukan 'offensive', berbanding Portugis & Sepanyol yg mengambil dasar 'jelajah & jajah' umat Islam utk maksud GOD, GOLD & GLORY, seringkalai dilakukan dengan ganas dan kekejaman.

4. Sikap 'Alpa' oleh Pedagang Luar
Masyarakat Melaka terdiri drp penduduk tempatan & pedagang luar. Ramai pedagang luar yg mempunyai kekuatan tersendiri, namun apabila dihadapkn dgn ancaman Portugis, telah mengambil sikap berkecuali apabila D' Albuquerque mengisytiharkn sebelum perang, bahawa yg menjadi sasaran mereka adalah pemerintah Melaka & rakyat tempatan (Melayu), maka pedagang asing tidak membantu malah ramai yg lari, walhal di peringkat awal Syahbandar yang mewakili pedagang luar telah menawarkan bantuan dalam bentuk tentera dan kapal perang dari para pedagang luar jika terjadinya perang dengan Portugis, malangnya janji tidak dikotakan.

5. Pengkhianatan Utimuraja
Sikap ‘gunting dalam lipatan’ yg ditunjukkn oleh Utimuraja, seorang saudagar dan wakil orang –orang Jawa, yg paling berpengaruh dan kaya di Kota Melaka, yg mempunyai hamba & orang-orang suruhan diantara 5,000-6,000 (riwayat lain menyatakan orang suruhan Utimuraja di darat dan laut melebihi 10,000 orang), diharapkn Sultan Mahmud dan anakndanya Sultan Ahmad utk membantu hulubalang baginda beserta rakyat tempatan, namun telah belot dan meminta berdamai serta perlindungan Portugis, jadi tidak menggerakkn org-orgnya utk membantu Sultan di saat-saat getir peperangan. 
Dengan demikian ikhtiar penggembilangan orang-orang suruhan Utimuraja serta masyarakat Upeh yang ramai dari kepulauan Jawa mengalami kegagalan berikutan Utimuraja telah meminta mereka untuk tidak menolong pasukan Melaka menentang Portugis. Hal ini merupakan antara punca tentera Portugis tidak dapat ditewaskan dengan mudah. Selepas Melaka ditawan, Utimuraja dilantik sebagai wakil bagi saki baki umat Islam yang masih menetap di Kota Melaka.

6. Peranan Nina Chatu & Rui de Araujo
Nina Chatu merupakan seorang saudagar Hindu yang banyak menolong orang-orang Portugis dari semenjak kumpulan Rui de Arajo dipenjarakan dalam tahun 1509, (selepas delegasi Lopes De Sequira dtg dan kemudian dihambat keluar). Antara ‘sumbangannya’ kepada Portugis adalah mendedahkan rahsia-rahsia strategik kekuatan Melaka termasuk hulubalang dan senjata yang ada waktu itu. Beliau juga menolong menyeludup keluar surat-surat daripada Rui de Araujo ini yang mengandungi banyak maklumat tentang keadaan politik dan ekonomi Melaka di waktu itu termasuk kekuatan pertahanannya.

Peranan Nina Chatu & Rui de Araujo dibalas dengan baik oleh D Albuquerque. Semasa penjarahan Melaka, mereka berdua telah diberikan jaminan khusus oleh D’Albuquerque :

“When all dangers was past, D’ Albuquerque gave leave to sack the city, warning his men not to touch the houses of Nina Chatu, the Hindu who had befriended Ruy da Araujo."

Nina Chatu kemudian dilantik sebagai ‘bendahara’ (dgn fungsi baru menjaga kepentingan gentiles iaitu golonagn bukan islam dan bukan Kristian, khususnya masyarakat Hindu yang selesa dengan Portugis di Melaka), sementara Rui de Araujo menjadi seorang pegawai pentadbir.

7. Kelemahan Kepimpinan Melaka
Melaka baru menghadapi episod malang dgn pembunuhan 3 org pembesarnya, iaitu Bendahara Tun Mutahir, puteranya Tun Hassan Temenggung & menantunya Tun Ali (suami Tun Fatimah) dalam tahun 1510M, atas tuduhan palsu ingin merampas kuasa raja, kemudian puteri Tun Mutahir, iaitu Tun Fatimah yang menjadi idaman Sultan Mahmud dijadikan permaisuri. Episod malang ini merujuk kpd kelemahan kepimpinan teratas yg diulit kemewahan melimpah ruah sehingga leka, lagha yang membuka ruang untuk berbagai elemen merbahaya masuk, termasuk daripada golongan musuh yang sembunyi dan yang terang.

Wallahu 'alam bissawab
Intaha
TunSuzana Tun Hj Othman
loading...

1 Response to "Sejarah Sebenar : Kenapa Melaka Jatuh Ke Tangan Portugis Pada 1511"

  1. Bukankah Melaka ada angkatan laut melaka yg menjaga perairan Selat Melaka? Angkatan laut melaka meronda sepanjang selat melaka sbb ia merupakan laluan dagang tersibuk dunia. Mampu meronda dari utara semenanjung sehingga ke selatan pulau jawa, tpi mcam mana Kota Melaka masih boleh jatuh? Dalam catatan sejarah pula angkatan laut ini tidak terlibat dalam pertahanan melaka,kenapa?

    ReplyDelete