Kantoi!! Pendedahan Sebenar Mitos Paywave Yang Sedang Kecoh Ketika Ini

loading...

Sejak Pihak Bank Negara mengarahkan buat semua pengguna kad bank untuk menukar kepada kad dengan teknologi paywave, pelbagai reaksi dan pendapat yang kami dapati daripada netizen.

Baru-baru ini isu melibatkan Kad dengan teknologi paywave sekali lagi bangkit apabila dikatakan maklumat kad bank pengguna mudah diperoleh menggunakan aplikasi daripada Android OS menggunakan teknologi NFC.



Isu ini menjadi lebih panas apabila terdapat pengguna yang memaparkan video demo bagaimana maklumat dicuri sekaligus telah menimbulkan panik buat pengguna.

Berikutan isu yang berlaku, terdapat segelintir netizen yang mula mengkritik keputusan BNM untuk menggunakan teknologi ini. Tidak dilupakan juga, puak kapitalis yang cuba untuk mencari peluang dengan memasarkan barangan bagi mencegah aktiviti paywave berlaku.

Sehubungan dengan itu, BNM dengan cepat telah mengeluarkan untuk menjelaskan isu sebenar kepada pihak umum.


Menurut Bank Negara Malaysia, laporan media berkenaan adalah tidak benar. Bank Negara turut mengatakan maklumat penting pada kad tidak boleh diambil dengan cara “electronic pick-pocketing” berikutan ciri-ciri keselamatan yang terdapat padanya.

Dalam pada itu, BNM turut menegaskan untuk melaporkan kepada bank dengan segera jika kad anda dicuri atau hilang untuk mengelakkan dariapda daripada penglibatan transaksi yang tidak diingini berlaku. Pemegang kad juga dinasihati untuk melindungi kad pembayaran dan PIN mereka pada setiap masa.

Adakah ‘electronic pick-procketing’ boleh berlaku?
Tidak dinafikan penggunaan teknologi Paywave juga mempunyai kelemahannya. Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi ini juga lebih selamat berbanding sebelumnya. Hal ini kerana pencuri cuma boleh dapatkan maklumat melalui NFC dengan jarak 4cm dan bukannya 100cm seperti yang dinyatakan.

Kehadiran sistem pembayaran 3-D Secure sekaligus membuatkan kerja pick-pocketing lebih sukar berlaku. Dengan penggunaan teknologi ini, penggodam bukan sahaja perlu mendapatkan data kad malah memerlukan telefon bimbit pengguna untuk aktiviti pengaliran wang berlaku.



Tahniah buat Bank Negara Malaysia kerana berjaya memberi jawapan buat para pengguna dalam kadar yang pantas. Harap perkongsian ini dapat meleraikan segala isu yang melibatkan teknologi Paywave.

Buat anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keputusan BNM tentang mengapa kad bank perlu ditukar, artikel ini mungkin akan membantu anda.
loading...

0 Response to "Kantoi!! Pendedahan Sebenar Mitos Paywave Yang Sedang Kecoh Ketika Ini"

Post a Comment