Cara Membersihkan Duit KWSP Mengikut Panduan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

loading...



Cara buat pembersihan duit KWSP sebagaimana yang disyarahkan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, dengan situasi wang RM100K:

Keluarkan RM100K. 65% ialah pokok yang halal diambil (RM65K). 35% ialah dividen yang perlu dibersihkan. Maka RM35K perlu melalui proses pembersihan.

1. Pandangan pertama

70% tidak patuh syariah, 30% patuh syariah.

70% x RM35K = RM24500 perlu dibersihkan.
30% x RM35K = RM10500 boleh diambil.

Jumlah yang boleh diambil, RM65000 + RM10500 = RM75500.

Kemudian nilai ini perlu dizakatkan 2.5% berdasarkan zakat simpanan;

2.5% x RM75500 = RM1887.50 perlu dizakatkan.

Jumlah bersih yang boleh kita ambil;

RM75500 – RM1887.50 = RM73612.50

2. Pandangan Kedua

52% tidak patuh syariah, 48% patuh syariah.

52% x RM35K = RM18200 perlu dibersihkan.
48% x RM35K = RM16800 boleh diambil.

Jumlah yang boleh diambil, RM65000 + RM16800 = RM81800.

Kemudian nilai ini perlu dizakatkan 2.5% berdasarkan zakat simpanan;

2.5% x RM81800 = RM2045 perlu dizakatkan.

Jumlah bersih yang boleh kita ambil;

RM81800 – RM2045 = RM79755.

Baca: Dana Patuh Syariah KWSP 2017, ‘Siapa Cepat Dia Dapat’

kwsp-2

Ada yang tanya macam mana peratusan untuk penentuan peratusan halal dan haram dibuat. Kenapa ada 2 kaedah?

Kaedah yang dibuat oleh Ust Dr Zaharudin Abdul Rahman (UZAR) untuk dapatkan peratusan ini ialah;

Dapatkan subjek yang kumpul semua slip KWSP dari mula dia bekerja sampai ke caruman terakhir, dikira pula average dividen so dapat 6.5%, isu ketidakpatuhan syariah tidak berlaku pada caruman bulanan (majikan atau individu) tetapi berlaku pd dividen.

Dividen ini akan ‘Compounding‘ untuk setiap tahun. Hasil kira-kira oleh UZAR dan team mendapati 65% hasil pengeluaran KWSP itu ialah pokok yang merupakan hasil caruman. 35% ialah baki dividen termasuk yang compunding. 35% perlu dibersihkan / cleansing.

Berdasarkan kajian UZAR dan Team yang merujuk laporan KWSP, 70% fund ialah tak patuh syariah, 30% fund patuh syariah.

Ini merujuk kepada kaedah pertama. Untuk kaedah kedua, pandangan seorang lagi ulama yang menurut UZAR ada autoriti, pandangan ulama ni mengatakan yang tak patuh syariah hanyalah 52% bukan 70%.

Ini kerana baki 18% lagi merujuk kepada fund neutral yang tiada pengisytiharan syariah secara rasmi.


Nak guna pandangan pertama dan kedua? Tepuk dada, tanya iman.



Cara buat pembersihan duit KWSP sebagaimana yang disyarahkan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, dengan situasi wang RM100K:

Keluarkan RM100K. 65% ialah pokok yang halal diambil (RM65K).
35% ialah dividen yang perlu dibersihkan. Maka RM35K perlu melalui proses cleansing.

1. Pandangan pertama:

70% tidak patuh syariah, 30% patuh syariah.

70% x RM35K = RM24500 perlu dibersihkan.
30% x RM35K = RM10500 boleh diambil.

Jumlah yang boleh diambil, RM65000 + RM10500 = RM75500.

Kemudian nilai ini perlu dizakatkan 2.5% berdasarkan zakat simpanan;

2.5% x RM75500 = RM1887.50 perlu dizakatkan.

Jumlah bersih yang boleh kita ambil;

RM75500 - RM1887.50 = RM73612.50

2. Pandangan Kedua:

52% tidak patuh syariah, 48% patuh syariah.

52% x RM35K = RM18200 perlu dibersihkan.
48% x RM35K = RM16800 boleh diambil.

Jumlah yang boleh diambil, RM65000 + RM16800 = RM81800.

Kemudian nilai ini perlu dizakatkan 2.5% berdasarkan zakat simpanan;

2.5% x RM81800 = RM2045 perlu dizakatkan.

Jumlah bersih yang boleh kita ambil;

RM75500 - RM2045 = RM73455.

Mohon kongsikan post ini untuk kebaikan ummah. Insyaallah saya tengah bangunkan kalkulator pengiraan untuk kemudahan urusan semua.
loading...

1 Response to "Cara Membersihkan Duit KWSP Mengikut Panduan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman"

  1. adakah cara ini boleh di gunakan dalam pembersihan duit ASB?

    ReplyDelete